Saturday, June 4, 2011

JAGA BATAS PERGAULAN SESAMA SAUDARA-MARA


Di hujung minggu ni dan dalam waktu cuti sekolah Abi terpanggil untuk mencoretkan tidak banyak sedikit tentang batas pergaulan walaupun sesama saudara-mara.

Berkumpul sesama saudara-mara memang menyeronokan terutama ketika kunjungan pada majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan, hari raya (akan mendatang) dan sebagainya. Ketika itulah sanak suadara berkumpul dan melakukan pelbagai tugas untuk menjayakan majlis-majlis tersebut. Pada Abi cara begini mememang baik dalam mengeratkan persaudaraan.

Namun, ada suatu perkara yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang, iaitu dalam soal penjagaan aurat dan batas pergaulan. Jangan hanya mereka hanya sepupu, kita boleh memperlihatkan aurat sesama kita. Apakah kerana seorang pakcik (suami kepada adik-beradik ibu kita), maka kita boleh bergaul bebas tanpa segan-silu? Wajib menjaga pergaulan dan aurat dalam apa jua situasi. Mungkin ramai antara kita yang masih samar-samar atau tidak faham batas-batasnya.

Agama kita Islam bukan menyekat kebebasan anak-anak, tetapi mengawal supaya berada pada landasan yang ditetapkan Allah s.w.t.

Oleh sebab itu, kita sebagai ibu bapa perlu menjelaskan dalam soal aurat dan batas-batas pergaulan untuk kita membimbing anak-anak sejak usia kecil mereka. Semoga mereka membesar dengan nilai-nilai yang diredai oleh Allah s.w.t.

Anak-anak yang telah mumaiyiz (umur sekitar antara tujuh hingga sepuluh tahun) tidak kecuali daripada menjaga pandangan matanya, apatah lagi anak-anak remaja, kerana mereka lebih terdedah kepada unsur-unsur maksiat.

Bimbinglah anak-anak kita sejak usia kecil mereka. Bak kata pepatah, mendidik biarlah daripada rebung, dimana anak-anak mudah menerima dan mengikut.

No comments:

Post a Comment