Saturday, May 21, 2011

KUALITI MASA


Ada 4 perkara yang tidak dapat diraih kembali :
1. Batu setelah dilemparkan.
2. Kata-kata setelah diucapkan.
3. Kesempatan seelah berlalu.
4. Waktu setelah beranjak pergi.

Sediakanlah waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa.
Sediakanlah waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.
Sediakanlah waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.
Sediakanlah waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu.
Sediakanlah waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu kepada segala ketenangan jiwa.

Ambillah waktu untuk berfikir, kerana ia adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, kerana ia adalah rahsia dari masa muda yang hakiki.
Ambillah waktu untuk berdoa, kerana ia adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, kerana ia adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, kerana ia adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, kerana ia adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, kerana ia adalah muzik yang menggetarkan jiwa.
Ambillah waktu untuk memberi, kerana ia akan membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, kerana ia adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, kerana ia adalah kunci menuju syurga yang abadi.


Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya, tetapi kualitinya.
Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya
tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus untuk apa ia digunakan.

No comments:

Post a Comment