Sunday, May 22, 2011

PILIHAN ANDA MEWJUDKAN


Hari ini Abi nak cerita tentang membuat pilihan. Petang kemarin Abi dapat panggilan telefon, seorang bapa nak jumpa Abi. Jumpa nak bincang tentang anak nak buat pilihan kursus atau program di IPTA. Ok, Abi terima dan buat temu janji.

Lepas bincang tentang pilihan program, Abi dan Ibu pergi kedai buku tolong Ibu pilih buku yang sesuai dijadikan hadiah kepada seorang doktor kawan ibu nak sambung pelajaran buat sarjan perubatan (master). Abi cadangan buku 'Men are from mars, women are from venus, ditulis oleh John Gray. Kandungan buku ni tentang memahami tingkahlaku lelaki dan perempuan yang banyak perbezaannya. Sampai ke larut petang baru selesai.

Pilihan yang kita buat amat penting. Pilihan kita mewujudkan. Kita tidak sunyi daripada susana yang menuntut untuk membuat pilihan. Malah, terlalu banyak pilihan yang mesti dibuat sehingga kita menjadi buntu atau serba salah. Apa pun, piihan yang dibuat akan meninggalkan kesan dan akibat sama ada positif atau sebaliknya.

Pilihan yang dibuat untuk memilih buku adalah contoh membuat pilihan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Bagaiman pula dengan membuat pilihan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ia amat penting seperti memilih kursus ke IPTA. Pilihan yang melibatkan tindakan impaknya amat bermakna dalam kehidupan. PILIHAN ANDA MEWJUDKAN.

Pilihan Anda Mewujudkan. Pedoman Hebat!
  • Fahamilah bawa anda mesti membuat piihan pada setiap masa.
  • Kebebasan membuat pilihan adalah nikmat utama kehidupan
  • Ketahuilah bahawa anda mempunyai banyak pilihan dalam hidup.
  • Buatlah pilihan anda dengan bijaksana dan yang akan menguntungkan.
  • Buat pilihan dalam keadaan puncak
  • Apa jua piihan anda, ia tetap mendatangkan hasil sama ada baik atau buruk.
  • Piihan anda adalah satu persimpangan jalan. Pilihan jalan yang betul.

No comments:

Post a Comment