Thursday, August 18, 2011

RESAH SEORANG AYAH


Ingin kubisikkan resah seorang ayah. Resah kita bersama. Resah warisan lama. Berkesinambungan sejak zaman silam. Imbauan kisah Yaa’qub dan Yusuf Alahaihisalam. Harapan suci seorang ayah memang selalu teruji. Bayangkan bertapa terkejutnya Yaa’qub menerima khabar kematian Yusuf. Namun, jauh di dalam hatinya tidak pernah gementar. Dia yakin Yusuf tetap dipelihara Allah walaupun di tangannya baju berdarah.

Ah, siapakah tidak tergugah bila berpisah? Dan menangislah Yaa’qub menanggung resah seorang ayah. Matanya menjadi buta… tetapi hatinya terus bercahaya. “Yusufku, Yusufku… demi Ilahi dia pasti kembali.” Lalu terjadilah tribulasi demi tribulasi. Tragedi demi tragedi. Terjual menjadi hamba, terfitnah oleh wanita, terasing dipenjara.


ZIKIR DAN FIKIR


Mohon Ampun Atas Segala Dosa,

"Maka Aku katakan kepada mereka ; Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun". (QS. Nuh 10)

"Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat". (QS. Nuh 11)

"Dan membanyakan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (QS. Nuh 12)

"Barang siapa yang selalu beristighfar, AllahSWT akan menjadikan keluh kesah jadi kegembiraan. Dan kesempitan menjadi keleluasaan". (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Istighfar yang dimaksudkan, bukanlah bacaan tanpa makna yang hanya diucapkan sahaja. Melainkan sebuah bentuk pengakuan dari lubuk hati atas dosa yang pernah dilakukan. Mengakui dengan segala kerendahan hati kepada Tuhan Yang Maha Pengampun dan berjanji untuk tidak mengulanginya dikemudian hari.

Seorang ahli hikmah, Al Hasan Al Jadubah, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Qurthubi dari Ibnu Shubiih;

  • Bila datang kepadanya seorang mengeluh kerana sengsara, ia hanya menjawab Istighfarlah (minta ampunlah kepada Allah SWT)
  • Datang lagi yang lain mengeluh kerana kelaparan, kemiskinan, kefakiran ia hanya menjawab Istighfarlah.
  • Datang yang lain lagi mengeluh kerana kemarau panjang yang menyebabkan kegersangan kebunnya, ia hanya menjawab beristighfarlah.

Ketika beliau ditanya mengapa jawabannya tidak lebih dari Istighfar? Beliau menjawab, saya tidak mengarang sendiri, ini adalah petunjuk dari Allah SWT. Lalu beliau membacakan QS. Nuh 10-12.


Sunday, August 14, 2011

MAN JADDA WA JADA



Hari ini Abi ingin kongsikan pula suatu bait kata-kata atau ungkapan yang sungguh bermakna buat Abi, dan mungkin juga kepada yang lain iaitu :

MAN JADDA WA JADA


Anak-anak pernah mendengar ungkapan Man Jadda Wa Jada? Namun sudahkah anda mengaplikasikan prinsip ini? Ramai yang sudah tahu namun masih sedikit yang mengaplikasikannya.

Banyak contoh yang kita temui dalam kehidupan sehari-hari, banyak orang yang tidak menerapkan prinsip ini. Mereka cepat menyerah, berhenti berusaha, dan menyerah pada nasib.

Ciri utamanya ialah suka mengatakan “saya tidak boleh”.

Definisi Man Jadda Wa Jada,

Baiklah, bagi yang tahu ertinya, man jadda wa jada bererti siapa yang berusaha bersungguh-sungguh, dia akan berjaya. Setahu Abi, ini bukan hadis, meski pun menggunakan bahasa Arab. Mungkin sejenis pepatah Arab tetapi mengandung makna yang dalam.

Kata kunci dalam pepatah ini ialah jadda atau bersungguh-sungguh. Jadi, sejauh mana anak-anak Abi sudah mengaplikasikan pepatah ini ialah sejauh mana anda bersungguh-sungguh.

Mengukur Man Jadda Wa Jada Pada Diri,

Silakan anak-anak teliti pertanyaan berikut dan jawablah dalam hati anak-anak. Silakan ukur diri anak-anak tanpa dalih tanpa alasan (jika bersungguh-sungguh ingin maju).

- Sudahkah anda bersungguh-sungguh melihat peluang.

- Cuba lihat catatan anda, sudah seberapa banyak potensi peluang yang anda catat?

- Seberapa dalam anda meneliti sebuah idea?

- Seberapa banyak idea-idea mengoperasikan tindakan anda?

- Sudah berapa kali anda gagal dan bangkit semula untuk terus mencuba?

- Seberapa gigih usaha anda mencari solusi cabaran dan masalah anda?

- Berapa banyak kontak (networking) yang sudah anda kumpulkan untuk mendukung usaha Anda?

dan sebagainya.

Man Jadda Wa Jada belum tertanam dalam diri jika masih berdalih

“Tapi saya…”. Yah… jika anak-anak masih suka mengatakan “tapi” sebagai dalih tidak berusaha, ertinya anda belum bersungguh-sungguh. Mungkin dalih anak-anak ada kebenarnya, tetapi tetap saja anak-anak tidak meraih apa yang anak-anak mahukan.

Jika anak-anak memang bersungguh-sungguh, akan selalu ada jalan untuk mencapai apa yang diinginkan. Akan selalu ada jalan untuk menyelesaikan cabaran anak-anak. Potensi fikiran, hati, dan tubuh anda sudah cukup untuk mengatasi cabaran anda. Sebesar apa pun cabaran anda, begitu juga potensi anda cukup untuk meraih pencapaian tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Semua orang memiliki potensi yang sama, yang berbeza ialah sejauh mana kita menggunakan potensi tersebut. Sejauh mana kita meletakkan man jadda wa jada dalam hidup anda.

Cara Menanam Semangat Man Jadda Wa Jada

Langkah selanjutnya ialah kita mesti meletakkan Man Jadda Wa Jada dalam diri, bukan hanya pepatah penghias dinding, tetapi mesti menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

Jika Anda bersungguh-sungguh, pasti anda akan mengalahkan rasa malas yang menghambat anda untuk bertindak.

Jika Anda bersungguh-sungguh, maka Anda akan mencari cara mengatasi rintangan dan halangan yang ada di depan Anda.

Jika Anda bersungguh-sungguh, maka Anda akan berusaha melengkapi apa yang menjadi kekurangan Anda untuk meraih tujuan besar Anda.

Jika anda bersungguh-sungguh, anda akan belajar jika anda belum boleh melakukan sesuatu yang diperlukan untuk meraih kejayaan.

Jika anda bersungguh-sungguh, anda tidak akan mudah berhenti, terus berfikir kreatif, mencuba dan berusaha sampai anda menemukan jalan yang tepat.

Jika anda bersungguh-sungguh, anda tidak akan tewas dengan alasan, justru akan berusaha mengatasi alasan tersebut.

Silakan ukur diri anda, sejauh mana anda meletakkan man jadda wa jada dalam kehidupan anak-anak dan anda semua.

MAN JADDA WA JADA
"Anyone who seriously, then he will succeed" - Siapa yang berusaha, dia akan berjaya.

Man Shabara Zhafira - Siapa yang bersabar akan beruntung



Saturday, August 13, 2011

SI BUTA DENGAN MATAHARI


Sebuah kisah seorang anak kecil yang semenjak lahir buta kedua – dua belah mata. Dia tidak tahu sama sekali bentuk matahari, biasanya dia hanya mendengar orang lain berkata,” Matahari, matahari !”. Oleh sebab itu dia bertanya kepada orang lain bagaimana bentuk matahari itu.

Pada suatu hari, si buta kecil itu bertemu dengan seseorang, lalu dia bertanya pada orang ini, “Bolehkah kau jelaskan padaku bagaimana bentuk matahari itu?

Lalu orang ini berkata,“Bentuk matahari seperti bola, tetapi besar !” dan orang itu memukul-mukul bola, dan berkata, ” Dug..dug..dug..seperti inilah bentuk matahari “. Setelah mendengar bunyi itu, si buta kecil mengingati baik-baik dalam hati. Sambil berfikir dan berkata, ” Oh, rupanya matahari seperti ini ya..”

Beberapa waktu kemudian, ketika si buta kecil berjalan-jalan dia mendengar bunyi, ” Dug..dug..dug…”

Dia berteriak gembira, ” Matahariku sudah datang, aku mendengar suaranya.”

Pada suatu yang lain, si buta kecil bertemu dengan orang lain pula. Orang ini berkata,” Matahari itu mempunyai sinar nak, seperti lilin.” Dan orang ini mengambil sebatang lilin dan menyuruh dia merabanya. Si buta itu mengingatinya baik-baik bentuk matahari ini, di dalam hatinya berkata, ” Rupanya demikian bentuk matahari ini ya.”

Pada suatu hari, ada seseorang memberinya Sosej, setelah si buta kecil meraba sosej ini. Dia terfikir.” Bukankah ini matahari ?

Dengan gembira dia berteriak, ” Horeeee…aku sudah mendapatkan matahari, matahari sudah berada di tanganku !”

Sebenarnya matahari dengan bola, matahari dengan lilin, Perbezaannya terlalu besar, tetapi bagi si buta kecil ini hanya membuat kesimpulan berdasarkan penjelasan yang serba sedikit dari orang lain, akhirnya tidak dapat mengetahui dengan jelas perbezaan besar matahari dengan benda lain. Begitu juga dengan Orang yang hanya mendengar sedikit penjelasan dari orang lain dan mempercayainya, menganggap diri sendiri sudah bijak dan mengetahui seluruhnya. Orang tersebut perlu dikasihani.

Jika kita ingin mengetahui sebuah kebenaran, Kita harus cermat dan mencari asal sesuatu perkara. Dengan sedemikian baru kita dapat memutuskan perkara tersebut dengan tepat dan boleh dipercayai


Friday, August 12, 2011

MEMBERI LEBIH GEMBIRA DARIPADA MENERIMA : SEDEKAH


Usai solat subuh pada pagi Jumaat ni Abi terpanggil dengan tulisan "MEMBERI LEBIH GEMBIRA DARIPADA MENERIMA"..
Ramai orang yang gagal dalam hidup ini kerana lebih mementingkan bagaimana untuk mendapatkan sesuatu, berbanding bagaimana untuk memberi sesuatu, Sedangkan mengikut kajian, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi.

Kita akan bertanya, bagaimana hal ini boleh terjadi? Bukankah dengan menerima kita akan mendapat lebih, sebaliknya memberi akan mengurangkan.
Ya itu adalah hanya persepsi kita sahaja. hakikatnya amat berbeza. Memberi bukan mengurangkan, tetapi sebaliknya akan menambah.

Sudah menjadi sunnatullah, orang yang berjaya pada tahap biasa-biasa itu ialah orang membawa hanya dirinya seorang sahaja berjaya. Tetapi orang berjaya pada tahap luar biasa ialah orang yang membawa orang lain juga berjaya bersamanya. No man becomes rich unless he enriches others, tidak ada orang boleh kaya hingga dia mengayakan orang lain.

Percayalah, memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri. Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau wangi!

Jangan bakhil menabur kebaikan dan bersedekah.
Untuk itu kita mesti amalkan sikap memberi. Kita mesti memberi ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran kepada orang di sekeliling kita.

Hakikatnya ini semacam sudah menjadi tradisi hidup para salafussoleh. Lihat sahaja Rasulullah SAW, dikenali sebagai pemimpin yang berjaya, di mana di bawah didikannya lahir ramai pemimpin lain yang berjaya. Antaranya Syaidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., dan sebagainya. Begitu juga dalam kalangan ulama-ulama besar, ramai ulama yang dilahirkan hasil didikan Imam al-Syafi'i, Ahmad bin Hanbal, Malik dan Abu Hanifah.


Tuesday, August 9, 2011

PEKERJA YANG CEMERLANG



Saya ingin kongsikan kisah seorang wartawan menemu ramah 3 orang pekerja di sebuah tapak pembinaan. 3 orang pekerja itu membuat kerja yang sama, iaitu menyimen dinding bangunan. Mereka telah ditanyakan soalan yang sama. Berikut adalah soalan dan jawapan temu ramah itu :

Wartawan : "Awak sedang buat apa?"

Pekerja 1 : "Apa awak buta ke? Tak nampak ke, saya sedang menyimen bangunan inilah" (Wajahnya tidak ceria. Masam sahaja)

.....................................................................................................................................

Wartawan : "Awak sedang buat apa?"

Pekerja 2 : "Saya sedang menandatangani cek gaji saya." (Wajahnya selamba)

.....................................................................................................................................

Wartawan : "Awak sedang buat apa?"

Pekerja 3 : "Saya sedang membuat rumah untuk orang yang tiak punya rumah. Saya dapat bayangkan sebuah keluarga akan tinggal di rumah yang saya sedang buat ini." (Wajahnya tersenyum ceria)

Pekerja mana yang merupakan pekerja cemerlang?

.....................................................................................................................................

Monday, August 8, 2011

PUISI


KATA-KATA SEEKOR MONYET

UNTUK MONYET YANG LAIN

I
Buangkan baju tradisimu
dan cuba fikirkan bahawa hidup ini
terlalu unik dan seni
lalu dalam kesungguhan hidup
menjadi kita serupa ahli tasauf
atau orang alim yang senang
pada haruman bunga di taman
atau haruman bau-bauan
tinggalkan kepercayaan usang
kalau bekerja biar bererti
juga jangan amarah pada kata-kata
"jangan berikan bunga pada monyet"
dan di ruang ini cuba hargai bunga
berpaut pada dedahan yang kukuh
kalau bicara biar tajam dan dalam
dan jangan tertipu bau dupa di gunung
lalu terlupa pada pesan keramat
dan kau robek bunga di tangan.

II
Di ruang ini sebenarnya
bergerak biar bermakna


Catatan : Puisi ini abi tulis pada Mac 1977
dan telah disiarkan dalam majalah SARIPATI tahun tersebut.
Abi kongsikan untuk tatapan anak-anak dan famili.


Sunday, August 7, 2011

SEPI


Sepi
ruang ini menjadi sempit
suasana merimas tubuh
sepi itu puisi
sepi rasa yang mati
sepi serupa rambut gadis panjang mengurai tak pernah disikat
sepi air sungai mengalir di musim tua.


Saturday, August 6, 2011

MUSAFIR




KITA SEBENARNYA SEORANG MUSAFIR
YANG SENTIASA MENGASUH PERJALANAN
(Untuk yang mengerti)

Retak-retak jalur rasa
menyentuh hujung fikirku
selembar desah menegurku
segalanya mengingatkanku
pada usia
dan mentafsir kehidupan
yang sebenarnya adalah sebuah kesementaraan
dan aku serupa seorang musafir yang singgah sebentar
di suatu pengkalan

melepas lelah
kemudian akan mengasuh perjalanan
berbaring di atas erti kewujudan.

Di depan masih didandan makna.

Friday, August 5, 2011

RINDU


Rindu bagai sebuah kamar kaca yang sempit
Resah
Sesak
Nafas deras
Tiba-tiba hujan turun
Titik-titik airnya tinggal di atas dedaun.


SALAM RAMADAN














1 Ramadan 1432 Hijrah
(1 Ogos 2011)
Isnin :

Ramadan mengajar erti ketabahan
Menghadapi ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba degan Ilahi.

Salam Ramadan dan menunaikan ibadat puasa
Untuk semua ahli keluarga dan umat Islam semua.

INDAHNYA RAMADAN :