Tuesday, September 6, 2011

SEBATANG PENSEL


Pernah seorang anak perempuan bertanya kepada ayahnya yang sedang menulis.
"Apa ayah sedang tulis? Ayah menulis temtang siapa? Atau pengalaman ayah?"
"Ayah menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ayah harap hidupmu adalah sepeti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lma nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"
"Ya, ayah."

Pertama : Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel ada tangan memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita meurut kehendakNya.

Kedua : Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ayah terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut tetapi hasil ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untu dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga : Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan ini semula.Begitulah yang ayah harapkan kepada anak ayah ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat : Tahukah anak ayah mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu hindarilah.

Kelima : Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ayah berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai anak ibu ayah, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semengat yang diulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi kesan dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah!

No comments:

Post a Comment