Tuesday, June 28, 2011

MONOLOG HATI SENDIRI


Kadang-kadang, apabila siang kita merindui rembulan,
apabila malam kita bertanya ke mana pula mentari,
sering kita tangisi hanya apabila ia tak lagi di sisi.

Aku tak mahu jadi begini, maka malamku bersama rembulan,
kusyukuri, kunikmati,
walau terkadang malamku suram,
maka siangku bersama mentari,
kusyukuri, kinikmati,
walaupun terkadang bahangnya perit.

Segalanya perlu disyukuri,
kerana yang membuat terasa derita bukanlah sekeliling,
bukan mentaribukan rembulan tapi hati di dalam,
bisikan itu masih kudengari,
kalimah suci menggamit hati nurani,
bisikan itu terasa semalam,
berlalu di bawa bayu melintas sepintas lalu,
bisikan itu masih kuingati,
kerana kutahu ia akan kembali menggamit diri,
menemui Ilahi, bisikan itu makin terasa kehadirannya,
sedetik, dua detik,
tiga detik... lailahaillallah ya Allah,
aku menghadap-Mu,
kembali kepada-Mu,
terimalah diriku, lailahaillallah.

Friday, June 24, 2011

WARKAH


Abah, selamat hari bapa. Setiap hari adalah hari bapa untuk abah.

Abah adalah bapa yang paling best sebab abah baik je, tak suka marah-marah.

Kalau anak-anak ada buat salah, abah punya la slow talk. Takde nak tengking-tengking or marah-marah.

Agaknya anak abah yang ni ikut perangai abah kot, baik hati.

Thursday, June 23, 2011

DENDAM YANG TERMANIS


"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.

Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.

Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan. Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.

Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.

Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, June 21, 2011

RAHSIA SABAR

RENUNGAN :

- Orang yang sabar sebenarnya merupakan orang yang mempunyai keyakinan, tiada kebimbangan dan wawas.
- Jika anda bimbang fikirkan statistik berikut :
1. 40% daripada kebimbangan tidak pernah berlaku
2. 30% daripada kebimbangan adalah perkara lepas
3. 12% daripada kebimbingan bukan urusan mereka
4. 10% daripada kebimbangan tentang sakit
5. 4% daripada kebimbangan adalah masalah orang lain
6. Hanya 4% daripada kebimbangan adalah perkara yang wajar

FIKIRKAN :

Sebenarnya orang yang telah berjaya melepasi ujian sabar.

Sabar adalah separuh dari iman (hadis)

TIPS :

- Penyelesaian kepada separuh daripada masalah adalah sabar, oleh itu bersabarlah.
- Buangkan perasaan was-was, ragu-ragu, bimbang dan takut yang tidak rasional dan tidak mendatangkan faedah.

Monday, June 20, 2011

RAHSIA AIR


RENUNGAN :

- Dua pertiga bumi diliputi air.
- 70% badan adalah air
- Lagi penting organ badan, lagi banyak kandungan air contoh otak.
- Jika anda tidak makan 44 hari anda mungkin mati TETAPI jika anda tidak minum 4 hari, hal yang sama mungkin terjadi pada anda.
- Data ini menerangkan kepada kita kepentingan air.

FIKIRKAN :

- Hidupan memerlukan air oleh itu jika anda mahu menikmati kehidupan, minumlah air seckupnya.
- Salah satu elemen kejadian manusia adalah air.

Teknik Minum Air .
- 6 hingga 10 gelas sehari.
- Minum segelas air suam sejurus bangun daripada tidur dan segelas lagi selepas mandi.
- Minum 4 gelas air sewaktu air sewaktu pagi adalah amalan trbaik.
- Setiap 30 minit hingga 45 minit minum 2 hingga 3 teguk air.
- Malam sebelum tidur segelas air.
- Kurang minum air 30 minit sebelum dan 2 jam selepas makan.

TIPS :

- Pokok yang tidak cukup air bolrh layu dan mati ini akan manusia.
- Baik banyak minum air daripada kurang minum air.
- Air sebahagian daripada badan dan kehidupan. Jadikan minum air sebagai amalan setiap jam.


Saturday, June 18, 2011

IMEJ DIRI


RENUNGAN :

- Anda menilai orang lain daripada apa yang anda lihat.
- Orang lain menilai anda daripada apa yang mereka lihat.
- Mereka memandang imej yang anda bawa.

FIKIRKAN :

- Tujuh minit orang memerhatikan anda, mereka akan membuat pentafsiran sendiri.
- Imej diri yang positif menjadikan fikiran dan tindakan anda positif dan
sebaliknya akan berlaku sekirnanya imej diri anda negatif.

TIPS :

Penting untuk anda membentuk imej diri yang positif untuk menyakinkan diri anda dan orang di sekeliling anda. Bentuklah imej diri yang positif luar dan dalam mulai daripada sekarang.

Friday, June 17, 2011

"LIFE IS NOT BY CHANCE BUT BY CHOICE"




Bismillahirrahmanirrahim,
(Buat Anak cucu Abi)

Hari ini Abi terpanggil untuk menulis dan berkongsi tentang "Membuat Pilihan" dalam hidup ini (setelah menerima panggilan dariapda anak Abi. Alif anak sulung Abi akan menghadiri temuduga untuk menggarap suatu pekerjaan). Abi teringat bait kata-kata daripada buku yang Abi baca : "Life is not by chance but by choice, If you decide not to choose then you've already made the wrong choice."


Katakan kita akan menghadiri suatu seminar di sebuah hotel yang bertaraf lima bintang. Pakaian apakah yang akan kita pakai? Warna apa yang kita akan pilih? Kasut mana yang akan kita pakai? pergi seorang? Pukul berapa kita patut sampai? Ini contoh situasi membuat pilihan. Mungkin ianya mudah.

Setiap hari kita berhadapan dengan banyak pilihan. Antaranya makanan, pakaian, waktu bangun, teman berbual, kelajuan memandu kereta, dan seribu satu piliihan harian hinggalah kepada teman hidup, jenis pekerjaan, pembelian rumah, pertubuhan sosial yang merupakan pilihan jangka panjang atau seluruhan kehidupan. Kita tidak sunyi daripada situasi membuat pilihan. Malah terlalu banyak pilihan yang mesti dibuat sehingga kadang-kadang membinggungkan kita. Apa pun, pilihan yang kita buat akan meninggalkan kesan dan akibat sama ada positif atau sebaliknya.

Pilihan keperluan akan menentukan cara kita bertindak yang boleh membawa impak yang lebih ketara dalam kehidupan kita. Pilihan yang dimaksudkan di sini ialah pilihan berhubung dengan fikiran dan emosi kita. Minda akan didedahkan dengan pelbagai pilihan yang tidak terkira banyaknya. Setiap pilihan akan membawa kesan pada sikap dan reaksi kita. Sama ada kita akan menjadi gembira, seronok ketawa atau sebaliknya kita menjadi sedih, marah dan seribu macam lagi yang akan ditentukan oleh pilihan emosi dan fikiran yang dibuat oleh minda. Kesan pilihan minda lebih hebat kerana ia akan menentukan sama kita boleh berjaya atau gagal.

Oleh itu, kita perlulah berfikir sebelum membuat pilihan berdasarkan fizikal dan mental yang terbaik, bagi membentuk sebuah kehidupan yang kita inginkan. Setiap pilihan ada kesannya. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati serta bijak membuat pilihan. Pilihan yang dibuat oleh minda dan tubuh kita sentiasa akan mewjudkan pelbagai kesan dan akibat kemudiannya. Ingatlah pilihan kita mewujudkan.

Thursday, June 16, 2011

DOA 3


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Para sahabat dan anak cucu yang dirahmati sekalian. Marilah kita sama-sama mendengar tazkirah yang bertajuk SEBAB DOA TIDAK DIPERKENANKAN OLEH ALLAH. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi :

ادعوا الله وانتم موقنون بالاجابة . واعلموا ان الله تعالى لا يستجيب دعاء من قلب غافل

“Berdoalah kamu kepada Allah dengan keadaan penuh yakin penerimaanNya. Dan hendaklah kamu ketahui Allah tidak akan memperkenankan doa hati orang yang lalai”

Hati yang lalai atau disebut hati yang ‘ghaflah’ ketika berdoa merupakan sebab doa seseorang tidak diperkenankan oleh Allah. Apakah yang dimaksudkan dengan hati yang lalai ketika berdoa ? Hati yang lalai ketika berdoa ialah hati yang tidak khusyuk dan tidak bersungguh-sungguh ketika berdoa. Hati yang lalai ketika berdoa ialah hati dan fikirannya melayang kepada perkara yang lain. Hati yang lalai ialah ketika berdoa ia bercerita dan membuat bising. Hati yang lalai ialah tidak menadah tangan ketika ia berdoa. Inilah tanda-tanda hati seseorang itu lalai ketika berdoa. Kalau kita memiliki sifat-sifat hati yang lalai ini, ketika berdoa, bermakna doa yang sering kita lakukan tidak memberi makna dan erti ke arah perubahan sikap, tindakan dan perlakuan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Para pelajar dan guru sekalian. Ada satu kisah yang berlaku pada zaman nabi Musa a.s. yang menceritakan bahawa Allah tidak memperkenankan doa hambanya ketika ia sedang berdoa, sedangkan hatinya masih teringatkan kambing-kambingnya. Pada suatu masa Nabi Musa a.s. berjumpa dengan seorang lelaki berdoa dengan penuh merendah diri kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Lalu Nabi Musa a.s. berkata : “Wahai tuhanku! Kiranya lelaki ini bermohon sesuatu kepadaku nescaya aku tunaikan permohonannya”. Lalu Allah berfirman : “ Rahmat dan kasihan belasku kepadanya lebih daripada engkau lagi. Lelaki itu berdoa kepadaku tetapi hatinya bersama kambing-kambingnya. Sesungguhnya aku tidak akan terima doa seseorang hamba kepadaku sedang hatinya semasa berdoa di sisi orang lain.

Marilah sama-sama kita mengikut adab-adab ketika berdoa. Berdoa dengan menadah tangan, menyapu muka dengan tapak tangan setelah selesai berdoa. Berdoa dengan penuh khusyuk dan dengan perasaan merendah diri serta mengetahui apa yang didoakan. Berdoa dengan hati yang sedar. Menjaga adab ketika berdoa seperti tidak bercakap-cakap dan tidak membuat bising. Semoga dengan beradab ketika kita doa, Allah akan memperkenankan doa kita. Kerana Allah telah berfirman dalam surah al-Mukmin : Ayat 60.

وقال ربكم ادعونى استجب لكم

Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah dan mintalah kepada-Ku. Aku akan perkenankan permintaan kamu.

Bahkan Allah murka kepada kita sekiranya kita tidak mahu meminta kepadanya seperti sabda Rasulullah s.a.w.

من لم يسأل الله يغضب عليه

Sesiapa yang tidak mahu meminta sesuatu dari Allah, nescaya Allah akan murka terhadapnya”

وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, June 15, 2011

ENERGY


It's all about energy. Our life, our success, our happiness... everything is all about energy.

We're all made of energy... tiny molecules vibrating at a certain frequency... this
vibrating energy makes up our existence.

Everything is made of energy... and it's that same energy that we constantly
direct that attracts everything into our life.

Now there are different kinds of energy... or different levels... and that's what makes
everything so interesting.

Positive energy attracts positive situation.

Negative energy attracts negative situations.

Positive energy repels negative situations.

And negative energy repels positive situations.

If you're negative you'll attract more negative people, and more negative situations.
You'll also push away positive people and positive situations.

If you're positive you'll attract positive people and positive situations.
You'll also push away negative people and negative situations.

So if you're not getting what you want - then you're likely not sending out the right energy.

You see other people pick up on your energy vibrations on a subconscious level.
They don't really know it - they just get a sense about you - a feeling or a vibe
about you. They don't consciously say:
"This is someone positive, lets get to know him or her."

It all happens on a subconscious level.

But it starts in the conscious mind.
Your thoughts, and beliefs shape your energy level... they create that vibrating energy.

Your thoughts and beliefs are sent to your subconscious mind which radiates
your energy level (the very energy that others pick up on).

Positive thoughts and positive beliefs create positive energy.

Those with positive energy attract positive situations, good things happen to them,
they meet terrific people and enjoy life.
As they continue doing this they naturally become more optimistic.
They take positive actions, and they continue to attract more and more positive
situations, people and events into their lives.

If your filled with negative thoughts, self-doubt, worry, uncertainty, and if you
generally feel that things will never work out or get better then you're sending out
the energy that will only attract more of what you don't want... or more worry,
self-doubt, and uncertainty... all of which will only cause you to feel that
things will never work out.

It's a viscous cycle and if it isn't broken will only lead to more and more negative situations.

So how do you change your energy?
How do you create positive energy so that you enjoy positive situations?

Think about what you want and then write down your immediate thoughts and beliefs.
See if they're positive or negative.
If there's any self doubt, or any negative thought - then you probably have a negative
belief tied to the thought.

Tuesday, June 14, 2011

MASA 2




Masa muda merupakan masa yang penuh dengan ranjau onak berliku..pelbagai cabaran & rintangan dihadapi kerana tika ini nafsu bergelora dan ujian rancak melanda..seharusnya masa muda perlulah diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat & bukan hiburan semata-mata..masa mudalah yang akan menentukan kematangan seseorang dalam menempuhi kehidupan seterusnya..tingkatkanlah ilmu & amalan di waktu ini kerana belum tentu masa muda menjadi milik anda..sekali tersilap langkah, akan menjerumuskan diri ke lembah yang membinasakan...

Monday, June 13, 2011

SOLAT


Aku adalah seorang anak kepada sepasang suami isteri yang bergelar ustaz dan ustazah. Diriku diberikan pendidikan agama secara terus menerus. Sejak kecil, aku diajar untuk mengenali Islam. Tadikaku adalah sekolah agama, di peringkat sekolah kebangsaan, aku dimasukkan ke sekolah agama. Sekolah menengah ku juga disisipkan pelajaran tambahan Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran. Pokoknya, aku memang bertuah kerana diberikan nafas Islam dalam hidupku.

Aku menginjak awal remaja, seterusnya cukup umur untuk diwajibkan menunaikan solat. Namun, hatiku berasa berat untuk menunaikan solat. Aku hanya mengangguk apabila ibu bapaku bertanya apakah aku sudah menunaikan solat. Aku mengunci diriku di dalam kamar buat beberapa ketika dan keluar hanya untuk memberitahu yang kononnya aku sudah solat. Pernah juga ibu bapaku ragu dengan kenyataanku, namun aku berjaya meyakinkan mereka.

Beberapa program motivasi telah aku sertai, namun semuanya hanya berjaya menanamkan rasa untuk solat dalam diriku untuk masa yang sangat singkat. Selepas itu, aku teruskan tabiat lamaku. Aku lebih rela menipu daripada menunaikan solat. Betapa kuatnya pengaruh syaitan ke atas diriku.

Hari berganti hari. Hatiku sering dilanda resah tanpa sebab. Kadang kala, aku rasa ingin menangis, namun tiada alasan mengapa. Diriku terasa sedih, pilu, gelisah dan kosong. Perasaan itu semakin kuat kesannya apabila aku bersendirian. Namun, tak terlintas dalam hatiku apa sebabnya.

Satu petang maghrib, aku melihat adikku melepak dan bersembang di birai katil. Aku berasa agak pelik kerana sepatutnya sekarang mereka sudah solat, lalu aku mengarah mereka untuk mengambil wudhu' dan pergi untuk menunaikan solat. Dengan langkah longlai, mereka menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan seterusnya menunaikan solat.

Mungkin sudah ketentuan Allah, sedang aku melihat adik-adikku khusyuk solat, terdetik di benakku, " Kenapa aku menyuruh adik-adikku bersembahyang sedangkan diriku tidak sembahyang?".

Tiba-tiba hatiku luruh. Aku diam tanpa kata. Perasaan sebak memenuhi rongga dadaku. Ya, benar kata benakku. Aku menyuruh adikku menunaikan solat walaupun mereka belum akil baligh, tapi aku yang sepatutnya menyembah Allah yang Maha Esa tidak pula menunaikan kewajipanku. Tanpa ku sedari, air mata luruh di pipi.

Pantas kakiku menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu', dengan rasa keinsafan yang terbit dalam sanubari, aku mengangkat takbir untuk pertama kalinya dengan hati yang penuh ketenangan. Setiap rukukku, sujudku terasa begitu bermakna. Bacaan Al-Fatihahku terasa begitu sayu. Betapa sebenarnya rohaniku rindu pada Allah. Betapa jiwaku sebenarnya meronta ingin menghadap Allah. Betapa sebenarnya aku mahu solat.

Tidak lama kemudian, tiba pula bulan Ramadhan. Aku bertekad untuk belajar memenuhi solat 5 waktu sepanjang bulan itu. Aku melawan nafsuku semata-mata untuk menunaikan solat. Hatiku menjadi lebih tenteram. Jiwaku tenang. Tiada lagi keresahan merundung jiwa. Kini aku tahu mengapa hati sering dibelenggu kesedihan. Aku rindukan Allah. Aku terlalu merinduiNya...

Kini, aku merasakan hari-hariku lebih bermakna dengan kehadiran rakan baik baruku, SOLAT. Aku berharap hidupku akan terus dipenuhi solat, tak kisahlah yang wajib atau yang sunat. Amin.

Artikel iluvislam.com

Sunday, June 12, 2011

HIDUP SATU ANUGERAH


Hidup ini bukanlah suatu jalan yang mendatar dan ditaburi bunga-bungaan melainkan adakalanya ia disirami airmata dan juga darah.

Anda tentunya pernah mendengar cerita kanak-kanak yang berjalan dalam tidurnya. Pernahkah anda sendiri mengalaminya? Orang berjalan dalam tidur tidak sedar apa yang dilakukannya. Bila ditegur tidak menjawab, berjalan dengan mata terpejam, terkapai-kapai bila dikejutkan daripada lenanya. Mungkin selepas itu, dia akan kembali semua ke katil untuk meneruskan tidurnya.

Begitu juga dengan kehidupan ini. Sesetengah orang masih lagi tidak sedar apa yang dilakukannya dalam kehidupan ini. Mereka seolah-olah sedang tidur sambil berjalan dalam realiti kehidupan yang dilalui. Mereka hanya sedar apabila diberitahu masa untuk pencen dan berhenti daripada kerja sudah tiba. Mereka hanya berasa sudah tua apabila melihat dalam banyangan cermin pada hakikatnya uban di kepala sudah memutih.

Elakan diri daripda menjadi orang seperti ini. Jangan biarkan diri terumbang-ambing. Sedangkan anda mempunyai banyak pilihan dan peluang dalam kehidupan ini. Layarilah kehidupan dengan penuh makna. Sesungguhnya kehidupan anda adalah makna yang anda berikan. Berikan yang terbaik. Berikan yang terhebat.

Saturday, June 11, 2011

HIDUP IBARAT GEMA



Pertemuan dengan bekas pelajar cukup memberi kesan di kotak pemikiran Abi. Dia seorang pelajar China. Dia memberitahu selepas berakhir zaman persekolahan barulah dia faham dan mengerti apa yang Abi sampaikan semasa sekolah dulu. Apa cikgu kata betul dan untuk membantu dan menolong pelajar. Membantu pelajar membuat pilihan dan menggarap peluang demi untuk menjadi insan yang terbaik. Insan yang terhebat.
Ini membuat Abi teringat sebuah cerita. Analoginya dalam cerita Hidup Ibarat Gema.
Seorang kanak-kanak perempuan yang comel begitu marah kepada ibunya hingga hilang kecomelannya dan dia menjerit, “Saya benci awak, saya benci awak.” Perkataan ibu lenyap dari mulutnya kerana terlalu marah. Begitulah sekiranya marah menguasai diri. Kanak-kanak, mahu pun orang dewasa boleh jadi begitu. Oleh kerana takut dihukum kanak-kanak itu lari keluar dari rumah. Dia lari ke belakang rumahnya dan mendaki bukit. Dia menjerit lagi di situ, “Saya benci awak, saya benci awak,” gema suaranya terdengar, “Saya benci awak, saya benci awak.” Inilah kali pertama dia mendengar suara bergema. Dia menoleh ke kanan, tiada siapa di situ. Dia menoleh ke kiri, tiada siapa di situ , dan dia menoleh ke belakang juga tidak siapa di situ. Dia ketakutan dan kembali ke pangkuan ibunya untuk mendapat perlindungan dan berkata bahawa terdapat seorang budak nakal di atas bukit di belakang rumah yang menjerit “Saya benci awak, saya benci awak.” Ibunya faham dan meminta anaknya kembali ke sana dan menjerit, “Saya sayang awak, saya sayang awak.” Kanak-kanak tadi kembali ke sana dan menjerit, “Saya sayang awak, saya sayang awak,” dan terdengarlah gema suaranya, “Saya sayang awak, saya sayang awak.” Ini menjadi satu pengajaran kepada kanak-kanat tersebut. Bahawa hidup ibarat gema. Kita memperolehi kembali apa yang kita berikan.

Friday, June 10, 2011

8 CARA MEMBANTU PEMBELAJARAN ANAK ANDA DI RUMAH


1. Biar anak anda tahu anda berminat dalam pelajaran

Apabila anak anda mula menceritakan mengenai sesuatu yang berlaku di sekolah, ataupun menunjukkan sesuatu kerja yang telah dibuatnya dengan baik, dia mahu anda berminat dengannya dan mahu perhatian anda. Ketika itu juga! Jika anda menjawab dengan tidak menghiraukannya, “Saya sangat sibuk, saya akan melihatnya kemudian,” anda mungkin MEMBUNUH minatnya terhadap kerja sekolah.

Sikap anda terhadap kerja anak anda, kesanggupan anda untuk menolongnya, perhatian anda dan minat anda; kesemuanya ini memainkan peranan yang paling penting dalam kejayaan anak anda. Ibu bapa yang mengendalikan kerja sekolah anak mereka dengan sikap tidak menghirau mengambil risiko menyalurkan sikap ini kepada anak-anak mereka.

Setengah-setengah ibu bapa cuba menyelesaikan masalah sekolah anak-anak mereka yang dikumpulkan bagi tempoh beberapa minggu dalam satu sidang apabila mereka menerima kad laporan di sekolah ini. Ini sebenarnya tidak mencukupi dan bukanlah amalan yang baik. Sebaliknya adalah lebih sesuai jika beberapa minit pada setiap hari dikhususkan oleh kedua-dua pihak, ibu dan bapa terhadap aktiviti anak-anak mereka. Dengan cara begini, anda boleh mengelakkan keadaan masalah bertimbun-timbun dam anak dimarahi sekali gus untuk beberapa perkara. Ini boleh mengakibatkan keadaan frustrasi serta jaki di kalangan anak-anak. Sebaliknya pujian, kritikan yang membina, pertolongan yang ikhlas serta sikap ambil tahu akan membawa banyak kesan yang positif.

2. Semaikan semangat mencintai buku di kalangan anak-anak anda.

Pendidikan anak anda boleh bermula awal sekiranya ia belajar untuk mencintai, menghormati dan menggunakan alat pendidikan yang paling penting iaitu buku. Anak-anak yang tinggal bersama keluarga di mana buku diberi tempat yang penting dan di mana ia selalu melihat buku dan membelinya, meminjam, membaca, membincangkan, dibawa daripada perpustakaan, dipulangkan ke perpustakaan semula dan seterusnya, memberi inpirasi yang besar kepada anak-anak.

Cuba galakkan membaca untuk keseronokan sendiri. Sekiranya anda menggunakan perpustakaan awam, bawa anak anda bersama anda. Ia akan cepat mencontohi anda dan mula menggunakan perpustakaan dengan sendiri.

3. Rapatkan hubungan dengan sekolah.

Gunakan peluang yang diberikan kepada anda untuk melawat sekolah anak anda. Anda akan menyedari bahawa perbincangan dengan guru akan membawa anda memahami anak anda dengan lebih baik. Terdapat banyak peluang untuk perhubungan tidak rasmi sekiranya anda perlu ke hari sukan tahunan sekolah, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan sebagainya kerana anda menemui ibu bapa lain yang ada anak di peringkat umur yang sama. Sebagai ahli PIBG anda boleh memberi pertolongan kepada pihak sekolah. Kesanggupan untuk membantu sekolah dan penyertaan dalam aktivitinya adalah bukti yang nyata mengenai kepercayaan anda terhadap anak anda.

4. Beri anak anda kehidupan keluarga yang selamat

Sikap keluarga, khususnya sikap ibu bapa sangat mempengaruhi dalam kehidupan sesorang anak. Di dalam sesebuah keluarga di mana wujud perhubungan yang berbentuk tolenrasi, seorang anak mula belajar bagaimana hidup dengan orang lain dan juga menyedari bahawa ia tidak boleh dapat semua yang ia hendak. Anak yang memahami bahawa ada peraturan-peraturan yang patut dipatuhi akan merasai lebih selamat berbanding dengan anak yang diberikan segalan-segalanya mengikut kemahuannya. Tetapi pada ketika yang sama, anak kita juga patut dihormati sebagai seorang individu yang berasingan yang ada hak mempunyai selera dan perasaan yang sendiri. Adalah penting mendengar pandangan sendiri yang dikemukakan oleh anak anda sungguhpun pandangan itu ganjil atau bukanlah sesuatu yang patut dikemukakan berbanding dengan memberinya hadiah yang mahal-mahal atau wang saku yang banyak. Sekiranya seorang anak dilayani dan dihormati ia akan menghormati ibubapanya.

Bukanlah perbuatan arif mencela seorang anak sebaik sahaja ia mula membuat kerja rumahnya atau semasa ia sedang membuatnya. Ia patut mendekati kerja rumahnya dengan rangka pemikiran yang riang di mana pemikirannya sudah direhatkan, tenang serta mempunyai keinginan. Keadaan marah, dendam dan kecemasan menggangu proses pembelajaran malah kadang-kadang menghentikan sama sekali.

5. Rangsangkan minat anak anda terhadap alam sekelilingnya

Kanak-kanak mungkin lebih berminat terhadap pantai berpasir atau tempat lapang yang lain berbanding dengan orang dewasa yang menemaninya. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk meneroka benda-benda di sekeliling mereka. Mereka suka permainan, mengetahui bagaimana sesuatu berfungsi dan sepanjang masa menguji reaksi orang dewasa.

Galakan anak anda menyoal mengenai benda-benda yang dilihat dan ditemuinya. Berilah jawapan-jawapan yang tepat kepada soalannya tetapi sekiranya anda tidak tahu atau kurang pasti, sama-samalah berusaha untuk mendapat jawapannya. Tabiat mencari jawapan akan memandu anak ke arah yang stabil seumur hidupnya.

Hujung minggu dan cuti sekolah memberi peluang untuk peristiwa-peristiwa yang seronok yang boleh memperluaskan pengetahun anak anda serta memperkenalkannya pengalaman-pengalaman yang baru. Kanak-kanak benci duduk sahaja begitu lama dalam kereta atau semata-mata berjalan bersiar-siar. Mereka suka membuat sesuatu yang mereka dapat hasilkan. Menerbangkan layang-layang, membina sesuatu atau mengutip sesuatu sebagai hobi. Lapangan terbang atau stesen keretapi adalah tempat-tempat yang menyeronokkan setengah-setengah kanak-kanak. Susunlah lawatan ke balai bomba tempatan, sebuah kilang atau sebuah sawah/ladang. Apabila anak anda sudah besar sedikit bawalah mereka ke muzium, zoo serta tempat-tempat yang menarik atau bersejarah. Sebelum pergi ke tempat-tempat seperti ini, carilah sedikit maklumat mengenainya, tetapi ingat, kanak-kanak suka membantu penemuan mereka sendiri dan menceritakan kepada anda setengah-setengahnya.

Galakan anak anda melaksanakan hobinya sendiri dan mendapatkan keseronakan semasa membuat sesuatu. Mungkin anda mahu anak anda menceburi bidang muzik jika anda nampak kecenderugannya ke arah itu, yang amat penting ialah membantu anak anda menemui lebih banyak mengenai benda yang menarik baginya dan memberinya asas pengetahuan am yang luas mengenai dunia ini.

6. Biar televisyen membantu anak anda

Adakah televisyen menjadikan anak anda malas? Mungkinkah mereka menghilangkan atau tidak memperolehi tabiat membaca jika mereka menonton rancangan televisyen dengan melampau? Jika dibenarkan mereka menonton rancangan televisyen yang begitu banyak semasa kecil, mungkinkah mereka tidak dapat dipisahkan darinya untuk membuat kerja sekolah?.

Ini soalan yang selalu ditanya oleh ibu bapa. Sebenarnya tidak ada suatu jawapan yang jitu kerana banyak bergantung kepada seseorang anak itu sendiri. Bahawa TV dan kebaikan TV kini lebih jelas kepada kita. Kanak-kanak menonton TV untuk hiburan, ini merupakan satu jenis rehat bagi mereka. Bahayanya muncul apabila TV ditonton dengan mengenepikan perkara-perkara yang lain. Memang dengan peraturan keluarga amalan seperti ini boleh dihentikan, tetapi yang lebih penting ialah pilihan lain yang menarik yang ada di rumah. Kalau tidak, takkan mereka mahu menghabiskan semua masa lapang mereka di depan peti TV.

Kanak-kanak belajar banyak melalui TV. Rancangan mengenai sejarah, Sains, Alam Semulajadi atau perhubungan manusia yang dihasilkan dengan baik boleh mencungkil minat seorang anak dalam sesuatu mata pelajaran. Galakkan anak anda menceritakan kepada anda mengenai apa yang ia baru ditontonnya. Anda akan terperanjat apabila mengetahui bahawa ia telah meredap begitu banyak jika anda sedang menonton sesuatu rancangan bersama anak anda. Komen-komen anda boleh menjelaskan keadaan kabur dan dengan itu perhubungannya dengan anda menjadi rapat. Berikan perhatian kepada rancangan-rancangan yang paling disukai untuk ditonton dan belikannya buku-buku yang berkaitan dengan siri-siri televisyen (malangnya kurang dalam bahasa Melayu) dan mungkin boleh memandu anak anda ke arah tabiat membaca. Jadikan TV teman anda bukan ‘penjahat’ keluar

7. Bantu anak anda memiliki ciri yakin diri

Ramai ibu bapa bukan sahaja mahu anak mereka belajar dengan baik di sekolah tetapi juga mahu anak mereka belajar lebih baik daripada mereka ketika di sekolah dulu. Adalah penting disedari bahawa cita-cita yang sangat tinggi seperti ini adalah bahaya sekiranya akibat cita-cita seperti itu anda menjadi sangat kritis terhadap kerja sekolah anak-anak. Jika seorang anak menyedari bahawa ibu bapanya mempunyai harapan yang tinggi dan ia tidak boleh memenuhinya, perasaan kegagalan akan mula muncul padanya. Bakat sebenar seorang anak anda mungkin dihalang oleh sesuatu keadaan. Jadi anda patut sanggup membiarkan anak anda melanjutkan minatnya dalam bidang-bidangnya sendiri dan juga mengembangkannya dalam kadarnya sendiri. Yang penting sekali lebih baik memberi pujian terhadap usahanya daripada pencapaianya.

Sekolah biasanya mengharapkan banyak kejayaan daripada anak-anak anda. Anda pasti boleh ingat sedikit sebanyak frustasi yang anda alami ketika di sekolah dulu. Jadi apabila anak anda menceritakan mengenai kesulitannya cuba fahami dan memberi keyakinan kepadanya. Keadaan kuatir, cemas serta tidak pasti mengakibatkan kesan-kesan yang negatif di kalangan anak-anak, mereka kehilangan dorongan dan seterusnya secara beransur-ansur menjauhi pelajaran mereka.

Apakah yang boleh menjadikan seorang anak ciri yakin diri? Pakar-pakar bidang psikologi mengatakan bahawa jika ibu bapa mempunyai kepercayaan terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa yang merasakan anak mereka kurang berbakat dan mengutamakan kekurangan-kekurangan mereka biasanya meletakkan batu asas untuk beberapa sifat yang tidak baik seperti perasaan rendah diri, cemas, takut dan seterusnya kegagalan. Pencapaian anak-anak anda biasanya mencerminkan harapan guru dan ibu bapa. Ibu bapa harus mempunyai aspirasi yang positif tanpa meletakkan tekanan pada anak-anak mereka.

8. Beri anak anda tempat belajar yang kondusif

Anak-anak biasanya tidak boleh belajar di sekiling yang tidak selesa seperti bising dan yang penuh aktiviti. Anda anda tidak boleh diharapkan memberi tumpuan terhadap pelajaran di sesebuah bilik di mana radio atau televisyen disuarakan dengan kuat.

Jika anda boleh menyediakan anak anda sebuah tempat yang kondusif di mana tiada gangguan anda sebenarnya membantunya dalam pelajaran. Berusahalah menyediakan anak anda sebuah meja dan kerusi yang selesa di sebuah bilik yang cukup sistem cahaya (lampu) yang baik dan peredaran udara yang cukup. Di bilik itu sewajarnya juga ada pen, pensil, kertas dan alat-alat tulis yang lain dan kesemua ini patut mula didapati apabila diperlukan. Bilik seperti ini wajarlah juga ada buku-buku rujukan, kamus dan ensiklopedia. Menyediakan sebuah tempat yang baik untuk anak anda belajar adalah satu lagi cara menunjukan bahawa anda berminat dalam pelajaran anak anda.

Sumber : 11 Ways To Help Your Chlid Do Better at School - Encyolopedia Britanica International Lt

Thursday, June 9, 2011

ORANG BIJAK PANJANG UMUR


Orang yang bijak dikurniakan umur yang panjang.

Orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati akan terus membuat persiapan bukan sahaja untuk hidup sebelum mati, tetapi juga untuk setelah mati. Merekalah orang yang sangat prihatin dengan penggunaan masa dan sentiasa memanfaatkan ruang untuk melaksanakan kebaikan sebanyak-banyaknya.

Wednesday, June 8, 2011

TERHARU


Abi, isteri dan anak bungsu Abi awal pagi sudah bersiap untuk Ke Universiti Malaya. Sudah agak lama Abi dan yang lain tidak menziahari anak Abi yang ke-3, sedang menuntut di UM. Perjalanan agak sibuk dan mengambil hampir masa 3 jam baru samapai ke UM.

DOA 2


DOA UNTUK KESEJAHTERAAN CUCU ABI MUHAMMAD AZFAR.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-2 TAHUN.

Hari ini hari ulangan tahun kelahiran cucu Abi. Genap umurnya 2 tahun.

Atuk dan Nenek ucapakan selamat hari lahir untuk cucu Atuk Muhammad Azfar. "Wahai tuhanku! cucurilah rahmat kepada cucuku sebagaimana Kau lakukan kepada mereka yang mendapat rahmat dan hidayah daripadaMu. Lindungilah dia. Terutama daripada gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya. Jadikan dia pemimpin dikalangan orang beriman. KepadaMu ya Allah kami berserah. Amin!.

Tuesday, June 7, 2011

HATI YANG PENUH KASIH SAYANG


Pada seminar yang Abi anjurkan dan ceramah yang Abi sampaikan untuk para pelajar atau remaja, Abi berasa sungguh gembira apabila mendengar kenyataan daripada mereka tentang curahan kasih sayang ibu bapa terhadap mereka. Abi sering mengingatkan para pelajar atau para remaja bahawa belajar bukan sahaja memerlukan minda, tetapi juga hati. Emosi mereka perlu tenteram dan diisi dengan kasih sayang terhadap diri mereka, menyayangi ibu bapa, keluarga, dan orang di sekeliling mereka.

Abi memberitahu mereka bahawa mereka dilahirkan dengan hati yang 'merah dan bercahaya', sedia menerima kasih sayang dan segala baikan dan mereka sememangnya bersikap penyayang. Walau bagaimanapun semakin mereka membesar mereka belajar memiliki perasaan hasad dengki dan sakit hati, terutama kepada ibu bapa sendiri apabila sesuatu yang tidak kena berlaku. Mereka merasakan apabila ibu bapa menasihati mereka, bererti mereka dimarahi. Melalui perasaan tidak senang dan sakit hati, satu tanda hitam telah tercalit di hati mereka dan dengan pantas terus menyelubungi hati mereka dan terperangkap dalam dinding hitam yang dikenali sebagai yu- barriers. Apabila perkara ini berlaku mereka sukar untuk menerima nasihat dan tidak lagi merasai kasih sayang. Oleh itu berhati-hati wahai ibu bapa, sekiranya kita tidak peka, kita tidak akan mengetahuinya sehinggalah ia sudah terlambat.

Curahkanlah kasih sayang kepada anak-anak kita kerana kasih sayang adalah tenaga yang paling berkuasa dan perangsang yang paling berkesan.

Monday, June 6, 2011

DOA


Berapa ramai ibu bapa yang mendoakan anak-anak berjaya dalam hidupnya?
Apa yang kita lihat realiti kehidupan kini, bapa ban ibu sering mendoakan keburukan anak tanpa sedar. Anak disumpah seranah dengan perkataan yang keji; anak haram, dajal, kurang ajar, anak sial dan sebagainya, kata-kata ini hakikatnya adalah doa untuk keburukan anaknya sendiri.

Bapa dan ibu mungkin akan berdoa sewaktu anaknya hendak memasuki peperiksaan sama ada di sekolah mahupun di universiti. Tetapi dia tidak berdoa sewaktu anak belum bersekolah, sewaktu remaja, apatah lagi setelah bekerja dan berkahwin. Padahal waktu itu yang paling kritikal untuk dibantu oleh ibu dan bapa.

Berdoalah..kerana doa itu senjata bagi orang-orang mukmin.

PARADIGMA


Hari ini Abi ke Pusat Servis Toyota di bandar Penggaram Batu Pahat. Tidak berapa jauh, lebih kurang 2.5 km dari rumah Abi. Kereta Abi ada gangguan sedikit. Abi duduk tenang menunggu anak Abi yang ke-2, Hafiz untuk menjemput Abi. Kereta Abi diminta ditinggalkan di Pusat Servis Toyota hingga tengah hari esok dijangka selesai kerja-kerja membaik pulihnya.

Ketenangan Abi betul-betul terganggu dengan tingkah laku dua orang kanak-kanak, seorang perempuan dan seorang lagi lelaki. Abi membuat telahan, mereka adik beradik. Kanak-kanak lelaki itu abang yang umurnya sekitar 1o tahun dan kanak-kanak perempuan itu adik dan umurnya sekitar 6 tahun.

Kanak-Kanak ini membuat bising dan agak agresif. Mereka berlari dalam Pusat servis tersebut dan menjadikan kasut mereka sebagai bola. Mereka melemparkan kasut mereka dengan menggunakan kaki dengan cara seperti seorang pemain bola sepak menendang bola. Kerap kali kasut mereka melambung tinggi dan menghentam ke dinding kaca Pusat Servis tersebut. Anak-anak itu kadang kala berteriak ke sana sini.

Abi dengan penuh kasih sayang cuba menegurnya, tetapi niat Abi terbantut bila menyedari ibu bapa kanak-kanak tersebut ada berhampiran dengan Abi. Ibu bapa mereka langsung tidak mempedulikan tingkah laku dan gelagat anak-anak mereka. Amat sukar untuk tidak berasa kurang selesa dan menahan rasa marah. Abi tidak percaya bahawa ibu bapa mereka tidak peka sehingga membenarkan anak-anaknya berkeliaran tanpa menegur mereka, tanpa bertanggungjawab. Kelihatan orang di sekeliling agak gelisah dan ketenangan mereka terganggu, dan pandangan mereka kerap tertumpu kepada kanak-kanak itu.

Akhirnya Abi dengan penuh sabar dan menahan perasaan, Abi berpaling kepada ibu bapa anak-anak itu dan bertanya, " Tuan, anak-anak tuan sedang menganggu orang lain. Dapatkah tuan mengawal mereka sedikit?"

Ibu bapa anak-anak itu seakan-akan baru menyedari situasi itu dan menjawab secara perlahan, "Oh, ya, Saya patut mengawal mereka. Tapi mereka kanak-kanak kan. Saya ingat mereka tak tahu apa nak buat."

Dapatkah bayangkan perasaan Abi pada masa itu? Paradigma Abi terus beranjak. Tiba-tiba melihat secara berlainan, dan oleh sebab Abi melihat secara berlainan, Abi pun berfikir secara berlainan, Abi rasa berlainan, Abi cuba bertindak secara berlainan. Lalu Abi bersabar, sabar itu indah. Dalam hati ada taman, teringat kata-kata isteri Abi.

Sunday, June 5, 2011

MENJAGA KESELAMATAN DAN MARUAH KELUARGA : Ingatan untuk anak cucu Abi


Hari ini hari minggu. Ada banyak jemputan ke majlis kenduri kahwin. Apa pun ada perkara yang Abi nak kongsikan hari ini. Abi suka mengingatkan kepada anak cucu Abi terutama remaja dan terutamanya juga perempuan. Ini bukan lelaki tak perlu amil tahu. Perlu, apa yang Abi nak ingatkan jagalah keselamatan diri dan maruah keluarga.

Bagaimana?

Hiasi Diri dengan Sifat Malu
Kita mestilah malu membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Misalnya melepak di tepi jalan raya, ketawa terkekeh-kekeh dan sebagainya. Contohilah akhlak Rasulullah s.a.w., baginda terkenal memiliki sifat pemalu. Baginda malu jika berbuat sesuatu yang menjatuhkan maruah Isalam.

Lebih Suka Menetap di Rumah
Ini bermakna menghabiskan banyak masa di rumah selepas masa di sekolah. Bukannya keliaran dengan kawan-kawan di taman, di cyber cafe, di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Menutup Aurat
Sekiranya keluar rumah ketika ada urusan atau hendak bermain, pakailah pakaian yang menutup aurat. Tidak menampakkan anggota kecuali muka dan tapak tangan.

Bersahabat dengan Kawan-Kawan yang Baik
Maksudnya kawan-kawan yang suka mengajak berbuat kebaikan, dan takut untuk melakukan dosa. Mereka juga orang yang boleh dipercayai dan tiada kepentingan diri.

Menjaga Pergaulan
Perkara ini paling pengting dijaga. Kalau perempuan, tidak bergaul bebas dengan mana-mana lelaki, begitu juga lelaki. Kita dibenarkan berhubung dengan mereka jika ada urusan penting sahaja. Itupun ditemani kawan-kawan yang baik tadi.

Ditemani Muhrim
Jika pulang dari kelas malam adalah lebih baik ditemani oleh ayah atau saudara lelaki. Langkah berjaga-jaga ini demi keselamatan kita daripada kejahatan malam. Kejahatan seering berlaku pada waktu malam.

Ambil sifat lebiih suka berjalan-jalan dengan ibu bapa atau abang. Apabila keluar bersama ibu bapa, keselamatan akan lebih terjamin.

Jauhi Sikap Menunjuk-nunjuk
Jauhi sikap menonjol diri atau menunjuk=nunjuk di hadapan orang. Sama ada melalui pakaian, tingkahlaku dan sebagainya. Sikap ini akan menimbulkan rasa meluat atau jelek mata memandang. Impaknya ada kecenderungan dikaitan dengan keluarga seperti anak siapa ni? Siapa mak bapaknya, eh?

Jangan Berlama-lama di Rumah Kawan
Banyak kejadian yang tidak diingini berpunca dari sikap kurang berwaspada. Maklumlah, malang tidak berbau, terutamanya perempuan. Silap haribulan, terkorban menjadi mangsa rogol kaan-kawan lelaki, abang atau ayah kepada kawan.

Jauhi Tempat Mencurigakan
Jauhi tempat-tempat yang mencurigakan atau tempat yang sunyi dan jauh daripada penglihatan orang lain. Manalah tahu ada bahaya sedang menunggu.

Itulah sedikit ingatan Abi untuk anak cucu Abi. Bukan menyekat kebebasan tetapi berwaspada. Tetapi amalan yang paling baik sebelum berurusan di luar ialah berdoa, kerana Allah sahaja tempat untuk kita memohon perlindungan.

Saturday, June 4, 2011

JAGA BATAS PERGAULAN SESAMA SAUDARA-MARA


Di hujung minggu ni dan dalam waktu cuti sekolah Abi terpanggil untuk mencoretkan tidak banyak sedikit tentang batas pergaulan walaupun sesama saudara-mara.

Berkumpul sesama saudara-mara memang menyeronokan terutama ketika kunjungan pada majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan, hari raya (akan mendatang) dan sebagainya. Ketika itulah sanak suadara berkumpul dan melakukan pelbagai tugas untuk menjayakan majlis-majlis tersebut. Pada Abi cara begini mememang baik dalam mengeratkan persaudaraan.

Namun, ada suatu perkara yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang, iaitu dalam soal penjagaan aurat dan batas pergaulan. Jangan hanya mereka hanya sepupu, kita boleh memperlihatkan aurat sesama kita. Apakah kerana seorang pakcik (suami kepada adik-beradik ibu kita), maka kita boleh bergaul bebas tanpa segan-silu? Wajib menjaga pergaulan dan aurat dalam apa jua situasi. Mungkin ramai antara kita yang masih samar-samar atau tidak faham batas-batasnya.

Agama kita Islam bukan menyekat kebebasan anak-anak, tetapi mengawal supaya berada pada landasan yang ditetapkan Allah s.w.t.

Oleh sebab itu, kita sebagai ibu bapa perlu menjelaskan dalam soal aurat dan batas-batas pergaulan untuk kita membimbing anak-anak sejak usia kecil mereka. Semoga mereka membesar dengan nilai-nilai yang diredai oleh Allah s.w.t.

Anak-anak yang telah mumaiyiz (umur sekitar antara tujuh hingga sepuluh tahun) tidak kecuali daripada menjaga pandangan matanya, apatah lagi anak-anak remaja, kerana mereka lebih terdedah kepada unsur-unsur maksiat.

Bimbinglah anak-anak kita sejak usia kecil mereka. Bak kata pepatah, mendidik biarlah daripada rebung, dimana anak-anak mudah menerima dan mengikut.

Friday, June 3, 2011

THE POWER OF BELIEVE


Setiap insan yang berjaya dan hebat dalam bidang yang mereka ceburi dipengaruhi oleh kuasa "believe" yang tinggi.

Kesan positif "Kuasa Percaya"
  • Nampak yang belum dialami
  • Perkara sukar menjadi senang
  • Perkara yang mustahil boleh menjadi kenyataan
  • Pemikiran menjurus kepada matlamat
Percaya selepas melihat sesuatu tidak ada apa-apa nilai sgnifikan tetapi yang hebat ialah percaya sebelum melihat sesuatu dan bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.


BAHAGIA




Apakah erti Bahagia ?

Secara mudah kebahagian itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras dengan petunjuk Allah dalam al-Quran. Firman bermaksud : "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13:38)

Thursday, June 2, 2011

CINTA 4 : PUISI CINTA


Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab, ..

Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan,..

Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian,...

Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir...

Tuhan yang mengetahui yang terbaik,

akan memberi kesusahan untuk menguji kita ...

Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmah-Nya bisa tertanam dalam-dalam...

Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya...

Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik ...

Mengapa menunggu?

Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.

Kerana walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembarangan...

Kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai,..

kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu....

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu,..

Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,..

Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu...

Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, ketimbang memilih apa yang ada...

Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, ketimbang memuaskan diri dengan apa yang ada....

Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri....

Perlu kau ketahui bahwa

Bunga tidak mekar dalam waktu semalam,...

Kota Mekkah tidak dibangun dalam sehari,...

Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan,...

Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan....

Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama,

Dan penantian kita tidaklah sia-sia....

Walaupun menunggu membutuhkan banyak hal – iman, keberanian, dan pengharapan, penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan....

Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmah-Nya, meminta kita menunggu, kerana alasan yang penting dibaliknya.....

Wednesday, June 1, 2011

SIMFONI CINTA


Cinta tidak dapat diraih dengan ugutan dan ancaman. Ia soal hati yang memberi dan menerima dengan rela. Cinta tidak boleh dipaksa. Gelombang cinta bergerak dalam suasana rasa yang indah bagai satu simfoni pada satu gubahan muzik yang sinergi dan harmoni. Malahan muzik itu akan datang dengan senyuman, sentuhan dan pandangan mata yang penuh indah dan berwarna-warni. Sungguh indah!
"A lifetime without love is of no account. Love is the water of life. Drink it down with heart and soul"