MENYELUSURI KEHIDUPAN
ERTI HIDUP PADA MEMBERI : Erti hidup pada memberi membuat kita lebih memikirkan soalan peranan dan bukan hak yang tidak berkesudahan. Bukan tidak boleh menerima, tapi kebahagian dan membahagiakan lebih manis dengan berperanan sebagai memberi dahulu.
Thursday, September 29, 2011
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM.
Kementerian Pelajaran MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM.
1. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah
Tuesday, September 20, 2011
KUNJUNGAN BERMARHABAN SEMPENA AIDILFITRI 1432H/2011M TMN. WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.
Alhamdulillah, Program kunjung mengunjung sambil bermarhaban sempena Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011M bermula malam tadi. Malam pertama sebanyak 14 buah rumah dikunjungi.
Saturday, September 17, 2011
JARAK ANTARA DUA HATI
Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.
Friday, September 16, 2011
NASIHAT MENARIK DARIPADA SN DATUK A. SAMAD SAID
Apabila ditanya bagaimanakah beliau dapat menghasilkan karya yang berkualiti dan terus konsisten dengan bidang yang diceburi sehingga mendapat anugerah Sasterawan Negara. Beliau berfikir sejenak (memang cool stail dia masa itu!) dan berkata, “Lakukan sesuatu dalam daerah kita.” Jawabnya pendek.
“Buatlah perkara yang dekat dengan kita, hampir dengan kita. Ini memudahkan kerja kita dan kita lebih mahir melakukannya.” (Abi tidak begitu ingat perkataan yang digunakan, tetapi lebih kurang begitulah maksudnya.)
“Jadi Pak Samad, kita buat apa yang kita minat, yang kita suka yang kita tidak janggal? Begitu?” Sahabat bertanya dan beliau mengangguk-angguk.
Abi terus berfikir-fikir semula setakat mana ‘daerah’ yang Abi miliki, supaya Abi dapat berkarya dalam gelanggang yang mempersonakan kalbu.
Kalian, anak cucu Abi sudah tahu ‘daerah’ sendiri?