ERTI HIDUP PADA MEMBERI : Erti hidup pada memberi membuat kita lebih memikirkan soalan peranan dan bukan hak yang tidak berkesudahan. Bukan tidak boleh menerima, tapi kebahagian dan membahagiakan lebih manis dengan berperanan sebagai memberi dahulu.
Wednesday, September 14, 2011
HARI RAYA AIDILFTRI 2011
Keluarga Abi dapat berhari raya bersama tahun ini. Syukur Abi kepada Allah atas segala rahmatnya.
Aidilfitri disambut begitu meriah sekali. Buat keluarga Abi sederhana sahaja. Selepas berpuasa selama sebulan, mengekang nafsu, mengikis mazmumah, kini kita seperti dikembalikan kepada fitrah yang suci bersih. Itulah hakikat takwa. Apa yang Abi harapkan anak cucu Abi menyambut aidilfitri cara yang diredai oleh agama.
Aidilfitri setahu Abi kalau diterjemahkan kepada bahasa kita bermaksud kembali kepada fitrah dan jika dikaitkan dengan ibadah puasa sebagai bulan latihan, maka hasilnya umat Islam kembali kepada fitrahnya sebagaimana mereka dilahirkan. Sebagaimana bayi dilahirkan tanpa dosa, maka begitulah yang berpuasa Ramadhan. Pada hari raya mereka kembali bersih daripada dosa.
Pertanyaan Abi, berapa ramai yang boleh mengekalkan kesucian dan kebersihan hati daripada dosa? Usaha yang dilakukan sebulan dalam bulan Ramadhan, musnah hanya satu hari pada hari raya. Renung-renungkan, selamat beramal buat anak cucu Abi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment