Showing posts with label Ingatan. Show all posts
Showing posts with label Ingatan. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

MENJAGA KESELAMATAN DAN MARUAH KELUARGA : Ingatan untuk anak cucu Abi


Hari ini hari minggu. Ada banyak jemputan ke majlis kenduri kahwin. Apa pun ada perkara yang Abi nak kongsikan hari ini. Abi suka mengingatkan kepada anak cucu Abi terutama remaja dan terutamanya juga perempuan. Ini bukan lelaki tak perlu amil tahu. Perlu, apa yang Abi nak ingatkan jagalah keselamatan diri dan maruah keluarga.

Bagaimana?

Hiasi Diri dengan Sifat Malu
Kita mestilah malu membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Misalnya melepak di tepi jalan raya, ketawa terkekeh-kekeh dan sebagainya. Contohilah akhlak Rasulullah s.a.w., baginda terkenal memiliki sifat pemalu. Baginda malu jika berbuat sesuatu yang menjatuhkan maruah Isalam.

Lebih Suka Menetap di Rumah
Ini bermakna menghabiskan banyak masa di rumah selepas masa di sekolah. Bukannya keliaran dengan kawan-kawan di taman, di cyber cafe, di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Menutup Aurat
Sekiranya keluar rumah ketika ada urusan atau hendak bermain, pakailah pakaian yang menutup aurat. Tidak menampakkan anggota kecuali muka dan tapak tangan.

Bersahabat dengan Kawan-Kawan yang Baik
Maksudnya kawan-kawan yang suka mengajak berbuat kebaikan, dan takut untuk melakukan dosa. Mereka juga orang yang boleh dipercayai dan tiada kepentingan diri.

Menjaga Pergaulan
Perkara ini paling pengting dijaga. Kalau perempuan, tidak bergaul bebas dengan mana-mana lelaki, begitu juga lelaki. Kita dibenarkan berhubung dengan mereka jika ada urusan penting sahaja. Itupun ditemani kawan-kawan yang baik tadi.

Ditemani Muhrim
Jika pulang dari kelas malam adalah lebih baik ditemani oleh ayah atau saudara lelaki. Langkah berjaga-jaga ini demi keselamatan kita daripada kejahatan malam. Kejahatan seering berlaku pada waktu malam.

Ambil sifat lebiih suka berjalan-jalan dengan ibu bapa atau abang. Apabila keluar bersama ibu bapa, keselamatan akan lebih terjamin.

Jauhi Sikap Menunjuk-nunjuk
Jauhi sikap menonjol diri atau menunjuk=nunjuk di hadapan orang. Sama ada melalui pakaian, tingkahlaku dan sebagainya. Sikap ini akan menimbulkan rasa meluat atau jelek mata memandang. Impaknya ada kecenderungan dikaitan dengan keluarga seperti anak siapa ni? Siapa mak bapaknya, eh?

Jangan Berlama-lama di Rumah Kawan
Banyak kejadian yang tidak diingini berpunca dari sikap kurang berwaspada. Maklumlah, malang tidak berbau, terutamanya perempuan. Silap haribulan, terkorban menjadi mangsa rogol kaan-kawan lelaki, abang atau ayah kepada kawan.

Jauhi Tempat Mencurigakan
Jauhi tempat-tempat yang mencurigakan atau tempat yang sunyi dan jauh daripada penglihatan orang lain. Manalah tahu ada bahaya sedang menunggu.

Itulah sedikit ingatan Abi untuk anak cucu Abi. Bukan menyekat kebebasan tetapi berwaspada. Tetapi amalan yang paling baik sebelum berurusan di luar ialah berdoa, kerana Allah sahaja tempat untuk kita memohon perlindungan.

Saturday, June 4, 2011

JAGA BATAS PERGAULAN SESAMA SAUDARA-MARA


Di hujung minggu ni dan dalam waktu cuti sekolah Abi terpanggil untuk mencoretkan tidak banyak sedikit tentang batas pergaulan walaupun sesama saudara-mara.

Berkumpul sesama saudara-mara memang menyeronokan terutama ketika kunjungan pada majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan, hari raya (akan mendatang) dan sebagainya. Ketika itulah sanak suadara berkumpul dan melakukan pelbagai tugas untuk menjayakan majlis-majlis tersebut. Pada Abi cara begini mememang baik dalam mengeratkan persaudaraan.

Namun, ada suatu perkara yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang, iaitu dalam soal penjagaan aurat dan batas pergaulan. Jangan hanya mereka hanya sepupu, kita boleh memperlihatkan aurat sesama kita. Apakah kerana seorang pakcik (suami kepada adik-beradik ibu kita), maka kita boleh bergaul bebas tanpa segan-silu? Wajib menjaga pergaulan dan aurat dalam apa jua situasi. Mungkin ramai antara kita yang masih samar-samar atau tidak faham batas-batasnya.

Agama kita Islam bukan menyekat kebebasan anak-anak, tetapi mengawal supaya berada pada landasan yang ditetapkan Allah s.w.t.

Oleh sebab itu, kita sebagai ibu bapa perlu menjelaskan dalam soal aurat dan batas-batas pergaulan untuk kita membimbing anak-anak sejak usia kecil mereka. Semoga mereka membesar dengan nilai-nilai yang diredai oleh Allah s.w.t.

Anak-anak yang telah mumaiyiz (umur sekitar antara tujuh hingga sepuluh tahun) tidak kecuali daripada menjaga pandangan matanya, apatah lagi anak-anak remaja, kerana mereka lebih terdedah kepada unsur-unsur maksiat.

Bimbinglah anak-anak kita sejak usia kecil mereka. Bak kata pepatah, mendidik biarlah daripada rebung, dimana anak-anak mudah menerima dan mengikut.