ERTI HIDUP PADA MEMBERI : Erti hidup pada memberi membuat kita lebih memikirkan soalan peranan dan bukan hak yang tidak berkesudahan. Bukan tidak boleh menerima, tapi kebahagian dan membahagiakan lebih manis dengan berperanan sebagai memberi dahulu.
Tuesday, June 7, 2011
HATI YANG PENUH KASIH SAYANG
Pada seminar yang Abi anjurkan dan ceramah yang Abi sampaikan untuk para pelajar atau remaja, Abi berasa sungguh gembira apabila mendengar kenyataan daripada mereka tentang curahan kasih sayang ibu bapa terhadap mereka. Abi sering mengingatkan para pelajar atau para remaja bahawa belajar bukan sahaja memerlukan minda, tetapi juga hati. Emosi mereka perlu tenteram dan diisi dengan kasih sayang terhadap diri mereka, menyayangi ibu bapa, keluarga, dan orang di sekeliling mereka.
Abi memberitahu mereka bahawa mereka dilahirkan dengan hati yang 'merah dan bercahaya', sedia menerima kasih sayang dan segala baikan dan mereka sememangnya bersikap penyayang. Walau bagaimanapun semakin mereka membesar mereka belajar memiliki perasaan hasad dengki dan sakit hati, terutama kepada ibu bapa sendiri apabila sesuatu yang tidak kena berlaku. Mereka merasakan apabila ibu bapa menasihati mereka, bererti mereka dimarahi. Melalui perasaan tidak senang dan sakit hati, satu tanda hitam telah tercalit di hati mereka dan dengan pantas terus menyelubungi hati mereka dan terperangkap dalam dinding hitam yang dikenali sebagai yu- barriers. Apabila perkara ini berlaku mereka sukar untuk menerima nasihat dan tidak lagi merasai kasih sayang. Oleh itu berhati-hati wahai ibu bapa, sekiranya kita tidak peka, kita tidak akan mengetahuinya sehinggalah ia sudah terlambat.
Curahkanlah kasih sayang kepada anak-anak kita kerana kasih sayang adalah tenaga yang paling berkuasa dan perangsang yang paling berkesan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment